Gaya Keibubapaan dan Kesannya Terhadap Kemurungan dalam Kalangan Remaja di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) UKM

63 PAGES (12689 WORDS) Psychology Dissertation

Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis mengenai bagaimana gaya keibubapaan memberi kesan kepada kemurungan dalam kalangan pelajar berdasarkan tiga jenis gaya keibubapaan iaitu autoritarian, autoritatif dan permisif. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti gaya keibubapaan yang sering diamalkan oleh ibu bapa pelajar, mengkaji gaya keibubapaan autoritaran, autoritatif dan permisif member kesan terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar, mengenal pasti tahap kemurungan pelajar tahun satu yang dkaitkan dengan gaya keibubapaan yang diamalkan serta mengetahui gaya keibubapaan yang sesuai dapat diamalkan dalam membentuk kesejahteraan sosio-emosi remaja. Pengkaji telah mengambil sampel sebanyak 206 orang yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian yang berumur antara 19 hingga 21 tahun. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan secara rawak. Analisis data pula menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu min, kekerapan, sisihan piawai, Korelasi Pearson, dan Ujian-T. Dapatan kajian menunjukkan gaya keibubapaan yang sering diamalkan oleh ibu bapa pelajar adalah gaya keibubapaan autoritatif di mana ia turut memberikan kesan kemurungan dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian ini turut bercanggah dengan dapatan kajian para pengkaji terdahulu.